Sangat-sangat jealous….!!! Sangat-sangat meluap …Membuak-buak…Rasa nak menyerang je……Oh tidaksssssss!!!!! Rilek2….saya x jealous kat seseorang pun…Just jealoussssss yang teramat sangat dengan penduduk negara2 luar yang dapat menyaksikan filem ‘Saw 3D’ …Lagilaaa berapi bila baca kat akhbar tempatan yg filem itu khabarnya telah mencapai box office Oktober lepas…

Apa yang hebat sangat ngan penanagan filem ni??!!Kenapa filem ni x ditayangkan di Malaysia…???

Filem yang dikelaskan sebagai filem low budget, berunsur horror-sycho ni ,sebenarnya adalah filem yang sangat ringkas jalan ceritanya…Namun apa yang dinanti-nantikan oleh pengemar tegar filem itu termasuk saya adalah ‘hasil kreatif & seni’ The Jigsaw, watak utama filem ini..

Bagi saya ia umpama filem ‘Final Destnantion’ yang digabungkan dengan filem ‘Silence of The Lambs’ kerana melibatkan penerokaan minda seorang penjenayah psycho & babak kematian berusur ngeri yang melampau….yup….!! ramuan sempurna yang mencabar hati kering & otak sycho saya umpama candu yang membuatkan saya terus ketagih untuk menontonya dari satu siri ke satu lagi & lagi dan lagi….


Camni cite dia.....


Jonathan Kramer, seorang pereka mainan, menjalani hidup yang biasa sehinggalah dia mengetahui dirinya menghidapi kanser otak…Dia menjadi benci melihat orang disekelilingnya membazirkan kehidupan mereka dengan sia-sia…Itulah titik permulaan Kramer mendedikasikan hidupnya dengan memberi ‘pengajaran’ kepada mangsa-mangsanya, iaitu untuk berdepan dengan ajal mereka…

Secara peribadi, saya sangat mengkagumi hasil kreatif Karmer mereka pelbagai torturing device buat mangsanya, kebanyakkannya gabungan komponen mekanikal berbentuk perangkap.. Karmer @The Jigsaw memilih mangsanya…Mangsa biasanya akan diberi hukuman berdasarkan kesalahan lampau mereka…Sedar-sedar je dah kena kidnap & diarahkan mendengar arahan Jigsaw melalui tape.Mangsa 'dipaksa' memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada perangkap yang telah sedia terpasang pada badan mangsa dalam masa yang telah ditetapkan atau menanggung risiko diletupkan atau dilemaskan dalam air/gas….


Jonathan Kramer @ Jigsaw, mastermind disebalik jenayah dalam Saw...


Puppet ni akan muncul dalam pita rakaman yang ditinggalkan oleh Jigsaw bersama mangsa...memberi arahan kepada mangsa apa yang perlu dilakukan untuk melepaskan diri ...


Ada rase apa-apa x??


Antara method penyiksaan hasil 'kreatif' Jigsaw


Agen Strahm cuba menyelesaikan kes Jigsaw,namun akhirnya turut maut setelah berdegil untuk meneruskan siasatan meskipun telah diberi amaran awal oleh Jigsaw


Perangkap yang dicipta oleh Jigsaw membuktikan yang dia bukanlah pembunuh sembarangan...


Seth mati dengan keadaan terikat & badan terpotong 2 oleh pendulum berpisau yang berayun di atas badannya...


Antara mangsa yang terselamat meskipun putus tangan....


Meskipun Jigsaw menemui ajal akibat kanser otaknya dalam siri ke IV, dia sempat merekrud perintis untuk meneruskan kesinambungan legasi jenayah sycho nye………

Tapi kalau nak mimpi tengok cite ni kat mane2 TGV,GSC,MBO kat Malaysia ni memang x dapekkkk laaa…Saya pun gi pinjam DVD pirate adik member saya…usaha tangga kejayaan kan…!!Lagipun kalau filem ni de tayang kat Malaysia pun, saya still kena tengok sensorang jugak sebab sume geng saya x layan cite brutal lagi sadis camni…hemmm….

Bagi anda kat luar sana yang obsess ngan adengan tali perut terburai, putus kepala, kaki tangan,digabungkan dengan simbahan darah & background suram ,kiranya kategori extreme violence la..,Saw I ~VI & 3D pasti sangat memenuhi selera anda..!!! Pandai-pandai la dapatkan dari apa sumber yang ada pun ey…keh..keh..keh…Leh surf official website nya jugak…taip je : Saw official website kat Pak Goggle @ www.officialsaw.com…

Ape sampah-sampah ni…??? Aipp….!!! Sampah bukan sebarang sampah dik……Hah..terimalah 1 lagi koleksi sentimental value saya…longgokan ‘sampah’ yang sengaja dilonggok bagi tujuan fotografi ni adalah wrappers yeee…


Yup wrappers ..


Asal usul : jauh dari japang pak…

Bila terbuat : 2003~2007

Alasan buat : kawaii ne….!!! ( comel !!)


Selama bekerja dengan sebuah company Jepun, inilah sentimental value yg saya simpan…Wrappers/ pembungkus ni adalah dari produk-produk makanan Jepun seperti chocolate, biskut & snack. Paling pelik sekali omelettes pun ada….!!??camne omelettes tu x basi pun x tau lah saya…??


Setiap kali bos saya balik ‘kg’. dia,budak 2 maintenance gi training ke sane, technical staff dari Jepun datang sini, akan beranak-pinaklah koleksi saya…Dah jadi budaya diorang agaknya, kalau balik/datang je mesti bawak buah tangan yang berupa produk-produk makanan diorang ni…


Hisham, officemate saya, akan jadi mangsa rujukan sebelum saya menelan makanan-makanan yang menggoda ni…sebab Hisham student kat sane dulu…


Berbalik pada pembungkus-pembungkus ni sume, saya tertarik untuk menjadikannya koleksi sebab packingnya sangat menarik & comel…selain jadi arkib memori saya, saya tahu apa yg sedap & best …manelah tau kot2 saya ter’pergi’ ke Jepun nanti, taulah saya apa yg boleh saya beli sebagai buah tangan…









Kawaii ne….!!!




Ha..ni la yg saye cite tu…omelettes pun leh dikomersial kan….


Brand chocolate ni mgm sedap



Mata saya akan bulat & bersinar2 bila nampak bos bawak balik chocolate ni…Brand Meiji ni mgm sedap…de je jual kt JJ skarang…tapi free punye lagi sedappp!!!


Nyummm…nyummm…tetiba je saya terbayang mochi yg berinti peach….sedapnyeeeee…..!!!!!saya leh habiskan sekotak penuh….hee…sayonara…


Eleleee…tomeynyeeeee….!!!Diperkenalkan ….kucing tumpang saya…Private Kitty @ Prebet Kitty….Digelar sebegitu kerana tabiatnya yang gemar mengiring sesiapa saja keluar masuk gate rumah…


Kitty adalah kucing yang sangat ‘lemah lembut’, sebab tu la selalu jadi bahan belasahan abang tirinye, Baby…habis tobek-tobek bulu Kitty dikerjakan Baby..Sampai leh nampak kulit…Bila pertarungan sengit antara ‘Gladiator’ dalam kelangsungan merebut jajahan takluk bermula seawal tengah malam,mak /adik saya la yang akan bergegas keluar sebagai refree…


Saya rase,Kitty dicemburui abang tirinya, Baby, kerana lebih encem & mempunyai belang seakaan2 harimau …Sebelum ni x penah pulak saya nak amik gambar Kitty, tapi bila dia wat facial expression camni, eih?! comei pulak dia..

Apakah tajuk ini..??Saya & politik…?!Oh…tidak sama sekali…Neverrrrrr…Hmm…Bagi yang suka baca sejarah / politik tentu tau sangat Imelda Marcos juga terkenal kerana apa….


Yuppp…isteri kepada bekas presiden Filipina, mendiang Ferdinand Marcos ini juga dikenali kerana lambakan koleksi kasutnya yang tak terbilang pasang itu….Itulah persamaan Puan Imelda dengan saya….Err…Cuma obsesi saya pada kasut belum lagi mencapai tahap kronik seperti itu…errrr…harap-harap tidak…


Kalau nak diikutkan, pendedahan saya kepada dunia kasut bermula seawal usia 4-5 tahun lagi…Siapa lagi kalau bukan mak saya, makcik Nora yang telah mula memakaikan saya dengan kasut kulit yg berharga RM 60.00, kira masa tahun 70an, kasut tu dah tahap-tahap harga RM 200.00 la sekarang ni…


Rentetan dari itu, bila usia saya meningkat remaja, kegilaan saya pada kasut mula bercambah….dan mula menunjukan ciri-ciri obses bila memasuki alam pekerjaan..oh tidakkkkk…!!!Ye lah…nak ke pejabat kena berkasut formal, nak pergi annual dinner syarikat kena pakai kasut ke dinner,nak bersantai hujung minggu kena la pakai kasut yang selesa untuk bersantai…last-last dari 3 pasang jadi beribu-ribu lemon pasang…adesssss…..


Ni pun ada la maaf sikit, brand kegemaran saya hanyalah brand tempatan…Vincci…Secara peribadi nilah brand kasut yang paling saya suka sebab harganya yang sederhana , berpatutan & buatan yg tahan lama selain design yg sentiasa terkini.Rasanya kalau muda-muda dulu saya terpilih jadi cabin crew, mau selera saya tersasar ke Jimmy Choo, Salvatore Ferrangamo atau Charles & Keith…Huiii…sib baik la….selamat duit ku…


Antara koleksi favourite saya:




Kasut wedges purple Vincci+..Tertawan dengan design & colour nye…Tengok tapaknya…!!!boleh buat baling anjing /peragut …awas…x sesuai digunakan kalau anda perlu melalui jalan yang x rata ye saudari2…leh terkehel buku lali dibuatnye…Dalam situasi yang memerlukan anda berjalan lama/jauh, adalah sangat menyiksakan kaki….kalau drive pastu takat-takat lepak kat Starbucks oklah..Juga memerlukan kemahiran untuk disesuaikan dengan wardrobe anda…



Juga satu lagi koleksi wedges Vincci..Suka dengan designnya & colour nya yang agak klasik..



Koleksi kasut high heels Vincci saya yang paling berusia…7 tahun dah usia kasut ni ….percaya atau tak nilah buktinya yang kasut Vincci memang tahan…bukan nak iklan tau, tapi tried & tested…Macam biasa, jatuh cinta dengan designnya yang klasik..



Kasut high heels peep toe Vincci…asalnya mencari kasut kerja untuk disesuaikan dengan seluar formal & kemeja, tapi design kasut ni juga functional sebab boleh dibawa bersantai..suka dengan design buckle kat depan tu disamping warnanya yang klasik…



Satu daripada koleksi pump shoes Vincci yang saya minati, selain dari selesa, warna biru & designnya yang seakan-akan kasut ballerina buat hati saya teruja untuk membelinya…cantik sangat …Cuma harus berhati2 dengan fabric suedenya, akan rosak kalau terkena air..akibat x boleh dibasuh, jadilah kasut ni comot camni…



Keluarga baru pada koleksi kasut saya, wedges biru comel Esarli, sangat-sangat terpikat ngan design nye yang cute, lagi-lagi warna fav. saya..kenapa la diorang suke design kasut lawa2 camni, ancaman kepada poket ku…cobaan….



& last but not least, kasut paling favourite saya, pump sport shoes Larrie..Terpikat dengan keputihannya yang berrseri2…err…walaupun dalam gambar ni dah x berapa nak berseri akibat selalu dilenjan untuk aktiviti santai…Sangat selesa untuk perjalanan bermarathon di MidValley…Disyorkan bagi mereka yg sukakan pergerakkan sepantas kilat ketika berjalan…ye..siapa-siapa yang mempunyai kebiasaan berjalan sepantas road runner macam saya, kasut ni memang sangat sesuai buat anda…


Sekadar tambahan, mengikut kepercayaan tradisi masyarakat Inggeris, adalah dipercayai mereka yang obsess dengan kasut ketika dalam kandungan ibunya dikatakan posisi mereka berada dalam kedudukan merenung kakinya…hmmm..benar atau tidaknya, tak dapatlah disahkan….



Dari semalam lagi aku mengalami depression yg teruk…Memang rasa sangat ter'sycho' ngan keadaan diri..keupayaan diri yg terhad….bila belek-belek balik gambar lama,aku rase sedih sangat…suatu masa dulu aku la yg paling ligat dalam family ni sampai mak dah x terlarang dah apa je aku nak buat…pemberontak dari dulu lagi..

Zaman lepas SPM..aku dh start ligat..especially mase aku mula belajar kat Cosmopoint Chow Kit…Dapat geng2 yg kaki rewang, memang panjang la langkah…1 kelas sekepala lak 2…Macam-macam aktiviti ade…dari lepak gerai reramai,tracking Sg.pisang,main bowling kat Plaza Hotel,Bukit Bintang ( toye je naik bas mini reramai.. ) sampai la bercuti & ber'bbq' kat PD..( sanggup sewa kereta sebab masing2 student lagi.. )tapi sume aktiviti yg sihat la…x involve pape yg langgar batas..

Pas2 masuk IKM, huh.., baru aku start menjinakkan diri dengan unit beruniform..tu pun yg paling minimal active…PBSM..Kat sini belajar gi camping,bergaul..jadi berani & aktif..

Masuk MFI,sambung belajar, minat aku terhadap aktiviti lasak makin bercambah..Join Kelana Siswa, jadi Secetary kelab, perghhh…memang mind blowing xperience bagi aku…Pantang ade aktiviti, laju je aku join…x kira la dekat nak exam ke ape, Mewah mase tu, Kejap2 camping…buat abscelling la, panjat gunung la, berkayak la,camping manik kayu la…( jalan kaki dari stesen komuter Nilai ke PD tuhh…)kaki x reti penat…x cukup ngan tu sempat lak aku join bebudak course lain gi camping ke Pangkor…tu la ligat x ligatnye aku..pantang ajak…kira family aku sangat2 lenient dgn aku dari dulu sampai la sekarang…sebab selama tu aku memang x pernah salah gunakan kebebasan yg diorang bagi…

Memang dari dulu sampai sekarang kalau bab aktiviti luar ni aku la yg paling ligat dalam family…ade je plan aku…masuk keje dapat lak geng yg sekepala, huiiiihhh…memang hidup balik la semangat aku…Ade je plan diorang…camping,berbasikal,dari becuti dalam negara sampai la melawat Bali…kene pulak best friend aku keje ngan airline, perghh…memang makin ligat la kaki aku…

Hmmm...tu laa…aku rase aku x berhak nak merungut ngan keadaan diri aku sekarang sebab Tuhan dah bagi peluang yg sangat2 banyak & istimewa pada aku utk buat apa yg aku suka selama ni…Mungkin Dia kata ’Dah cukup…sekarang mase tu tumpukan pada keluarga,muhasabah diri…'fikirkan orang yg kurang bernasib baik…apa sumbangan aku pada diorang…?Insya-allah kalau aku dah kembali sihat & ditakdirkan jadi sangat2 kaya nanti, aku nak cuba buat kerje2 charity…It's time for me to contribute something to the society…dengan ikhlas…


Aku bengang….Is this somekind of silly joke,What kind of sick mind do u have…??Ini bukannya percutian 6h 5 mlm ke Disneyland atau honeymoon ke Wikiki Island….please can somebody explain what the **** were these people thinking about….???

Yup aku sakit..n theoretically aku jadi emo….but I just don’t get it…Why all of a sudden, ada org dari office yg diarahkan utk follow aku nxt time aku buat kimo….. tentu aku boleh fikirkan yg positif…mereka nak cuba memahami condition orang2 ‘terpilih’ macam aku…tapi aku x fikir ada kes dalam dunia ni yg sampai ke tahap ni….This is more of mistrust issue for me….

All I want is to be normal again, to be healthy…to be able to perform my job, to do things that I used to do….Takde orang kat dunia ni yang mahukan sakit seperti aku…demi tuhan…aku tak pernah suka2 mintak cuti , it’s always the doctor’s decision…even the doctor was surprised when I only asked for 2 days off for my 1st chemo session…

Bagi sesiapa yg pernah melalui ‘jalan’ ni..tentu biasa dengan rasa mual & loya , x lalu makan, kepala kebas,gelap mata hingga ke tahap tepaksa berpaut pd dinding utk bergerak,demam on & off yg menukarkan anda menjadi manusia yg lemah & mudah dijangkiti penyakit sebaran…

So if you think this is just 1 of our attempt to get your sympathy or just another excuses to get away from our normal life routine, think again….sure for you it’s just a word that means nothing ‘chemo’?just a medical terms…For us it does mean something…pure torture, nightmare…that we’d really wished to be the first & last for each session…we’d do anything to get out from this rut if only we could….i mean we’d trade anything in this world to get out of this toture…

Tapi x semua orang akan belajar memahami keadaan ‘kita’…so be prepared…aku harap aku akan terus hidup untuk bercerita & menyedarkan….

Zassss…cuba flash back balik…bila & dimanakah anda paling gembira…mcm tengok album gambar…penuh dengan kenangan…saat2 gembira yg kalau boleh nak di rewind semula & di freez kan…tengok gambar je dah boleh bayangkan suasana masa tu…

humm,nak share,nilah sebahagian dari momen2 gembira & bahagia dalam hidup ku..mungkin ada sesuatu yg boleh dikongsi..



XPDC Kayak 20km, Kg Baru-Lumut, Perak, 2000,KLKM-MFI

Gambar diatas dirakam setibanya ke pesisiran Pantai Lumut…Macam-macam gelagat terakam dalam gambar ni…meskipun berkayuh dalam hujan & dalam keadaan laut bergelora, tiada kebolehan berenang hanya berbekalkan life jacket tersarung di badan,beberapa kali melawan arus , kepuasan berkayak, sukar digambarkan..!!lebih2 lagi saat melewati kapal2 besar di pelabuhan TLDM Lumut..memang antara pengalaman manis dalam hidup..



XPDC Gunung Angsi 2000, KLKM-MFI

Dirakam sewaktu sampai ke puncak Gunung Angsi, Hulu Bendul, Negeri Sembilan. Tiba ke puncak sekitar jam 11 pg, diiringi hujan renyai, terus makan nasi lemak & bergambar dalam hujan…walaupun kesejukan, pemandangan hutan menghijau & kabus dari puncak adalah antara pemandangan terindah terakam di ingatan ku….



Holiday Langkawi, 24 -26 March 2005

Percutian pertama aku & best friend ( just the 2 of us ), yg diplan mengkhinzir buta…Percutian disponsor temanku…tiba di Kuah,sempat bertekak ngan agen car rental semata2 takut & x nak bawak Kia Rio Cinco Wagon… Aku dan member berkeras nak ambik kancil…setelah diberitahu agen ia kereta baru , baru berani nak test drive..masa tu model kete ni masih baru lagi dlm pasaran Malaysia..Apalagi, lenjan abis 1 Langkawi…

Sebab hotel kami dekat ngan town, kami meronda shopping mall sampai shopping mall ditutup…antara pengalaman yg aku x dapat lupakan ialah kerja gila aku & best friend aku. Kami merayau2 di malam hari ngan kete wagon tu, aku yg berimiginasi tinggi ni pun menceritakan angan2 aku utk stay kat Sheraton Imperial Beach Resort…terus kawan aku tukar direction tuju & sneak peek sampai ke dalam Sheraton Imperial Langkawi..pretend to be 1 of the guest there sambil lepak2 kat lobby… tgk life style of the rich & famous kat dlm tu..selamba je kitorang merayau ke sekitar resort…

Mgm best merayau ngan kete di tengah malam ke jalan2 di pesisiran pantai dekat 2 ngan litar go-kart sambil bukak tingkap & menikmati deru angin malam sambil layan romantic love song..balik ke hotel awal pagi & mencekik coklat yg kami borong…ada peristiwa lucu kat kedai wholesale coklat..excited nak coklat yg itu ini dalam kedai, camane leh x perasan sign with alcohol ..terpaksa letak balik sambil telan air liur…& jugak kete disaman gara2 x diletakkn di parkir sepatutnya..kelam kabut bayar saman sbb dlm 15 minit lagi nk departure ke KL…



Mencandat sotong , perairan Pulau Kapas, 5-7 April 2007

Atas jemputan teman baik dari Jabatan Perpaduan, Putrajaya..bertolak dari jeti Marang dengan 2 buah bot sewa..semakin laju bot melanggar ombak semakin excited…Pemandangan laut luas membiru sgt memukau..sampai sekitar jam 8 malam ke tgh laut…Meriah dengan lampu2 dari bot lain memandangkan ia musim mencandat…bila bot dimatikan enjin & berayun2 di tengah laut…hahaaaa…sempat naikan seekor sotong jee…lepas tu lembik dek mabuk laut…hanya terbaring di hujung bot menatap angkasa luas sambil menahan pening & loya…menginsafi sekejap kepayahan nelayan kecil menangkap ikan..;P. Bila ramai yg dah tumbang, tekong mendaratkan kami ke Pulau Kapas…bergelimpangan masing2 kat jeti masa tu jugak…;)




Holiday Terjah Cameron Highlands,31 May-1 June 2008

Berholiday bersama geng holiday terjah…heee..menaiki ‘Momo’ yg serba baru..Leh kerana pergi secara terjah, time cuti sekolah pulak,huiiiii puas la meronda dari Brinchang ke Ringlet mencari penginapan..Kesesatan kerana ‘sistem navigator’ (member ku) menjadikan jalan Mentigi sebagai landmark…;P Hujan sepanjang di sana menambahkan lagi kesejukan malam…trrrrr…sampai aku tido cam antu bungkus…Menerima ‘ugutan’ x kasi join pi memana lagi dari geng sbb aku pukul 10 mlm je dh ngantuk…kehkehhhkehh…sejukkk maaa….tido pun sodap…



Camping Trip , Hutan Lipur Jerangkang, 1-3 November 2008

Juga atas undangan teman gaduh syco …bergerak dari KL jam 12 mlm…dibawa masuk ke hutan dengan 4X4Wd..saat dihayun dibelakang trak bersama teman2 sepanjang 1 jam 20 minit perjalanan mgm mengujakan…tambah2 gembira bila menjadi satu2nya kumpulan( 7 orang ) yg bercamping kat sana pd mase tu…!!!rasa privacy maksima sunggohh…selesai memacakkan khemah, menikmati sepuasnya kejernihan air terjun jerangkang..sebelah malamnya dihantui selangkah ke alam misteri…haaaha…sedang ramai2 berkumpul di luar khemah bermain pakau, aku yg hanya leka memerhati telah dicuit di bahu berkali2 sedangkan semua org sedang memegang kad di tangan masing2…aku cuma diam jelah…errr..sape nk jawab…malam tu jugak hujan lebat dari 1 pagi ke 6 pagi, x mampu lelapkan mata sebab duduk khemah single( nk dok sensorang konon…) pas2 khemah bocor…lalala…nak hilangkan rasa takut menyanyi kuat2 sampai menakutkan geng2 yg terdengar suara aku melalak sayup2 dalam ujan…keh..keh…

Hmm..banyak lagi yang terakam di fikiran...tapi cukuplah dulu tuk episod kali ni...t berasap lak servo mata nak fokus...k...c u nxt time...2 b continued...

Ada x peminat Supernatural kat sini…???Siri TV yg masih ditayangkan kat TV3 malam Selasa 10.30.. Aku memang minat sangat dengan cerita-cerita berunsur seram ni…Memang sentiasa jadi kegilaan aku dari zaman aku budak-budak lagi dah addicted..sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata nak tengok cerita-cerita macam ni…pastu esok paginya nak pi sekolah takut nak mandi kat bilik mandi sebab terbayang bila aku buka pintu bilik mandi lepas mandi nanti dh jadi kat tempat lain…;P

Antara siri TV seram yang pernah jadi kegilaan aku dulu adalah Twilight Zone,Omen & Nightmare on ElmStreet..




Em..tapi nak cerita pasal Supernatural Season 4…

Nape minat?? :

Sebab cite seram & de special effects(seram) yg best…

Sebab watak utamanya..heehee.. especially watak Dean Winchester yg nampak macho dalam 67 Impala hitam yg mnderum2 enjinnya..



Memula dulu confused juga kenapa sirinya sering tertunda2 kat TV…tetiba ganti ngan’Mentor’la..kene ganti konsert Jom Heboh la..sering membantutkan semangat aku menonton TV..

Geram punye pasal, aku dapatkan salinan penuh terus season 4 dari kawan aku..Setelah ber’marathon’ keseluruhan siri season 4 nya barulah aku faham apa yang mungkin menjadi masalah pada “gangguan ‘penyiarannya…

Hmm..Findings turn out to be ( from my point of view ):

Jalan ceritanya semakin cenderung ke arah yg menyentuh sensitiviti agama which is the biggest concern in our national TV station.

Nape?

Watak Dean yang dhidupkan semula setelah dihumban ke neraka untuk melaksanakan tugasan menghalang kemunculan Iblis.

Castiel is the Angel who rescued Dean from Hell, according to Castiel on a command from God. His handprint is burnt into Dean's right shoulder.

Kemunculan watak Castiel mendominasi kebanyakkan siri season 4, fictional angel yang kononnya memasuki badan manusia yang menyampaikan arahan pada Dean & Sam Winchester.



Watak Lilith juga watak dominan yang memainkan peranan jelmaan syaitan yang memasuki badan manusia untuk menggangu tugasan Dean & Sam.



Boleh tengok lagi,tapi kena tengok dengan pemikiran yg terbuka..k??

Scene ER ku...


14 April 2010 – Rabu

7.20 am dah bergerak ke Pantai Cheras..Aku cuba relax kan diri…semalmnya suhu badan naik…tension sebab kena settlekan mcm2 sblum bercuti…still ada gak yg x dapat settle..takut pun ye jugak..puas aku minum teh nak sejukan badan..Sampai kat hospital terus gi admission counter, naik tingkat 2, bilik 2037A..katil A..selalu aku dpt katil tepi toilet..aku pun lepak2 tas katil. Lama sikit,nurse bawak baju operation suruh aku tukar bila dah dekat waktu..Aku cuak la,sebab seingat aku pukul 11 operation aku, sekarang baru 8 lebih..Mak x puas ati, pi tanye counter depan, laaa…operation aku pukul 9 penye…huiiiii…mau x kabuik…x lama lps tu lab assitant datang nak amik blood sample..aku tgk je dia sedut 2 tabung uji darah aku..merah hitam..then nurse tanya ‘on which side the operation will be?’ ‘right side’,aku balas.dia pun bius sikit kawasan atas pergelangan tangan kiri aku dan masukkan tiub kuning kecil yg berfungsi sebagai saluran drip..pas2 nurse suruh aku tuka baju operation…mase tu aku panic abis…mak ngan ann muke dh lain…aku cpt2 halau diorang balik utk kurangkan panic aku…4-5 x gak la aku kuar masuk bilik air tuk kurangkan panic..


Tak lama pas2 katil sorong yg aku takutkan tu pun sampai…hui…cam nak terkopak tekeluar jantung dari frame tulang selangka aku…sib baik aku kene bukak contact lense..kurang la sikit impak kabuik aku…drip dipasangkan,aku pun disorong dari katil wad dan diarah berpindah ke atas katil yg bikin copot jantung tu…aku dibaring kan dihadapan teman2 se’wad’ yg lain..lama gak la aku didisplaykan kat depan diorang..sebelum nurse dtg bwk blanket tebal tuk aku…mase nurse start sorong aku tu, aku pejam mata & selawat banyak2…tuk tenteramkan gelodak ati aku, aku bayangkan alunan piano lagu Always – Air Supply, lam kepala otak aku…rase tenang sikit..


Sampai kat counter depan, aku diparkingkan kat tepi corridor, seems like they have to confirm with operation theatre staff on something… huiii…aku ni mgm ada phobia pd stillness..mase ni aku dah rasa lain…nervous, nak pitam…mujur x lama lepas tu aku disorong kembali masuk ke lif untuk ke operation theatre yg berada kat tingkat 1..


Sampai kat tingkat 1, aku disorong ke dalam bilik yg mempunyai pintu yg besar, ngan 2 cermin bulat, kat dalam tu ada 3 staff operation theatre yg memakai baju hijau biru,ngan cap rambut..aku sekali lagi diarahkan berpindah ke katil khas yg telah disteril.. & turut dipakaikan cap rambut.Seolah-olah diorang cuba tenangkan aku dengan bertanyakan beberapa soalan tentang operation hari tu..errr…leh nampak kut muka aku mcm baru lepas kene sedut darah ngan vampire…;P


5 minit lepas tu, aku disorong ke satu lagi kawasan yg aku kira corridor pada operation theatre ..aku diparkingkan kat sebelah ‘rakan-rakan senasib’Kat sini memang dapat tengok macamana staff2 operation theatre bertugas..bergantung dengan doktor mana yg akan di assist,masing2 sibuk ngan persediaan masing2..


Time ni aku cuba mencari ketenangan, aku cuma berharap semuanya selesai dengan pantas & bila aku buka mata nanti aku masih berada di alam maya ni, bukan alam-alam lain & tangan aku masih berfungsi seperti biasa..(memandangkan doktor bagitahu kawasan operation aku ni agak rumit kerana dipenuhi bahagian yg banyak urat saraf…gulppppsssss….)


Tak lama lepas tu, 2 orang staff operation theatre datang & mengarahkan aku berpindah pada katil yang disediakan..serentak mengalihkan drip yg tergantung ke sisi ku(aiii…berapa banyak pindah daaa…)aku disorong memasuki sebuah bilik yg….


Trrrrrr….ni laa bilik operation theatre rupenye…..aku sekali lagi diarahkan berpindah ke atas…gulpssss..meja bedah( meja stainless steel )…size meja bedah ni semuat2 size badan aku…baring je kat atas tu, nampak la lampu besar yg biasa aku tengok dalam siri ER..drip aku disangkutkan..Pakar bius datang dan beritahu dia akan mulakan suntikan & inform aku akan rasa sakit sikit..aku nampak dia cam lipatkan saluran drip & start injecting …aku leh rasa sesuatu meresap dalam urat aku..pas tu aku dipakaikan oxygen inhaler..slowly rasa kebas dari tapak kaki sampi ke lutut..terus aku dah lost…x sedar apa dah…



1 ½ jam kemudian…


Penglihatan aku kabur2…aku nampak 3-4 orang staff operation theatre mundar-mandir di sekelilingku…masih dalam fasa separuh sedar…aku diparkingkan di kawasan corridor operation theatre…aku dengar namaku dipanggil & hanya mampu mengangguk sebagai respon yg aku dah sedar..aku cuba mengangkat tangan kiriku & mengengam jari2ku…masih seperti sediakala…fewwwhhh..syukur..semuanya selamat…


Followers