Sangat-sangat jealous….!!! Sangat-sangat meluap …Membuak-buak…Rasa nak menyerang je……Oh tidaksssssss!!!!! Rilek2….saya x jealous kat seseorang pun…Just jealoussssss yang teramat sangat dengan penduduk negara2 luar yang dapat menyaksikan filem ‘Saw 3D’ …Lagilaaa berapi bila baca kat akhbar tempatan yg filem itu khabarnya telah mencapai box office Oktober lepas…

Apa yang hebat sangat ngan penanagan filem ni??!!Kenapa filem ni x ditayangkan di Malaysia…???

Filem yang dikelaskan sebagai filem low budget, berunsur horror-sycho ni ,sebenarnya adalah filem yang sangat ringkas jalan ceritanya…Namun apa yang dinanti-nantikan oleh pengemar tegar filem itu termasuk saya adalah ‘hasil kreatif & seni’ The Jigsaw, watak utama filem ini..

Bagi saya ia umpama filem ‘Final Destnantion’ yang digabungkan dengan filem ‘Silence of The Lambs’ kerana melibatkan penerokaan minda seorang penjenayah psycho & babak kematian berusur ngeri yang melampau….yup….!! ramuan sempurna yang mencabar hati kering & otak sycho saya umpama candu yang membuatkan saya terus ketagih untuk menontonya dari satu siri ke satu lagi & lagi dan lagi….


Camni cite dia.....


Jonathan Kramer, seorang pereka mainan, menjalani hidup yang biasa sehinggalah dia mengetahui dirinya menghidapi kanser otak…Dia menjadi benci melihat orang disekelilingnya membazirkan kehidupan mereka dengan sia-sia…Itulah titik permulaan Kramer mendedikasikan hidupnya dengan memberi ‘pengajaran’ kepada mangsa-mangsanya, iaitu untuk berdepan dengan ajal mereka…

Secara peribadi, saya sangat mengkagumi hasil kreatif Karmer mereka pelbagai torturing device buat mangsanya, kebanyakkannya gabungan komponen mekanikal berbentuk perangkap.. Karmer @The Jigsaw memilih mangsanya…Mangsa biasanya akan diberi hukuman berdasarkan kesalahan lampau mereka…Sedar-sedar je dah kena kidnap & diarahkan mendengar arahan Jigsaw melalui tape.Mangsa 'dipaksa' memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada perangkap yang telah sedia terpasang pada badan mangsa dalam masa yang telah ditetapkan atau menanggung risiko diletupkan atau dilemaskan dalam air/gas….


Jonathan Kramer @ Jigsaw, mastermind disebalik jenayah dalam Saw...


Puppet ni akan muncul dalam pita rakaman yang ditinggalkan oleh Jigsaw bersama mangsa...memberi arahan kepada mangsa apa yang perlu dilakukan untuk melepaskan diri ...


Ada rase apa-apa x??


Antara method penyiksaan hasil 'kreatif' Jigsaw


Agen Strahm cuba menyelesaikan kes Jigsaw,namun akhirnya turut maut setelah berdegil untuk meneruskan siasatan meskipun telah diberi amaran awal oleh Jigsaw


Perangkap yang dicipta oleh Jigsaw membuktikan yang dia bukanlah pembunuh sembarangan...


Seth mati dengan keadaan terikat & badan terpotong 2 oleh pendulum berpisau yang berayun di atas badannya...


Antara mangsa yang terselamat meskipun putus tangan....


Meskipun Jigsaw menemui ajal akibat kanser otaknya dalam siri ke IV, dia sempat merekrud perintis untuk meneruskan kesinambungan legasi jenayah sycho nye………

Tapi kalau nak mimpi tengok cite ni kat mane2 TGV,GSC,MBO kat Malaysia ni memang x dapekkkk laaa…Saya pun gi pinjam DVD pirate adik member saya…usaha tangga kejayaan kan…!!Lagipun kalau filem ni de tayang kat Malaysia pun, saya still kena tengok sensorang jugak sebab sume geng saya x layan cite brutal lagi sadis camni…hemmm….

Bagi anda kat luar sana yang obsess ngan adengan tali perut terburai, putus kepala, kaki tangan,digabungkan dengan simbahan darah & background suram ,kiranya kategori extreme violence la..,Saw I ~VI & 3D pasti sangat memenuhi selera anda..!!! Pandai-pandai la dapatkan dari apa sumber yang ada pun ey…keh..keh..keh…Leh surf official website nya jugak…taip je : Saw official website kat Pak Goggle @ www.officialsaw.com…