Setelah hampir 7-8 tahun x pulang ke Nibong Tebal, akhirnya aku memulakan juga perjalanan ke kampong halaman pagi 23 Disember 10, hhaaa…mcm nak balik Krismas la pulak….Mcm x percaya je setelah me’macking ‘ barang2 aku , mak aihhh, macam kena bawak trailer…..habis satu rumah aku angkut balik…huahuaaa…

Pukul 7.30 pagi memulakan perjalanan….Higway utara selatan agak lengang…tapi kat setiap hentian penuh je tempat parking kete…hmmm.. kali ni aku x berpelung membuat perjalanan aku sendiri…x pe… aku akan tunggu peluang tu…


Perjalanan jauh x ku rasa...lalaa..laa..2x balik kg......!!!


Macamana la rupa kampung laman aku sekarang…sedara mara kenal aku lagi ke? …haahaaa…seriously, kalau jumpa diorang kt KL pun mau aku x kenal…maybe kena freez jap utk recall balik & tujuan pengecaman…dasat..dasat…..

Masih terbayang lagi kenakalan aku & sepupu dulu berkubang dalam kolah bilik mandi atuk aku…Nak mandi je mesti together2…rupenya ada agenda tersembunyi….puas la atuk aku gendang pintu bilik mandi dari luar…,apasal la cucu2 dia x kuar2…rupanya dok practice kuak lentang kat dalam kolah yg besar & panjang tu….perghhh best tuhhh…hahaaa..- kepada adik2...,don't try that at home...;P ...kena rotan t, aunty x tau....;)

Tu tak masuk kena arak ngan rotan ngan atuk aku,sebab main basikal tengah2 panas…tengah seronok belajar bawak basikal sampai basikal melelong masuk celah pokok pisang, lutut bercanai kat batu kerikil pun x effect apa pada aku…janji enjoy…

Ngan ‘persidangan’ aku & cousin2 atas pokok jambu susu,sesi bersidai kat atas dahan sambil menyicah asam…selagi atuk aku x tunggu dengan rotan, x turun la…

Lagi sesi berkubang kat tali air tepi landasan keretapi…masa tu air jernih lagi…asal keretapi lalu je , sambil berendam kami ramai2 bersorak…Main masak2, sampai hutan belakang rumah atuk aku diteroka…siap ada gadget cam umah, kete yang dihasilkan dgn kretiviti kami…sayangnya x de gamba nak ditunjukan…zaman tu mane de gadget tuk rakam semua tu…

Akhirnya tiba jua aku ke Kg.Osman Kopi, Nibong Tebal….Ni la antara gambar2 yang terakam setibanya aku di sana…..

Welcome home…!!!! Kg. Osman Kopi…..


Ni la wajah terkini cousin2 aku , geng bikin fenin arwah tok…;)


Ni muka2 innocent kitorang masa kecik….bersama arwah tok & tok wan..aku c baju merah la...'Lady in Red'...;P


Jambatan pekan Nibong Tebal pun dah bertukar rupa…suda tukar laa…!!


Subuh hari kat belakang rumah arwah tok..tenang sungoooohhh dengan suasana begini…


Longkang ni mengalir ke tepi tali air tempat aku & cousin2 melepak


Hutan belakang rumah arwah tok dah takde…siap de highway…fuhyooooo…!!