Apakah tajuk ini..??Saya & politik…?!Oh…tidak sama sekali…Neverrrrrr…Hmm…Bagi yang suka baca sejarah / politik tentu tau sangat Imelda Marcos juga terkenal kerana apa….


Yuppp…isteri kepada bekas presiden Filipina, mendiang Ferdinand Marcos ini juga dikenali kerana lambakan koleksi kasutnya yang tak terbilang pasang itu….Itulah persamaan Puan Imelda dengan saya….Err…Cuma obsesi saya pada kasut belum lagi mencapai tahap kronik seperti itu…errrr…harap-harap tidak…


Kalau nak diikutkan, pendedahan saya kepada dunia kasut bermula seawal usia 4-5 tahun lagi…Siapa lagi kalau bukan mak saya, makcik Nora yang telah mula memakaikan saya dengan kasut kulit yg berharga RM 60.00, kira masa tahun 70an, kasut tu dah tahap-tahap harga RM 200.00 la sekarang ni…


Rentetan dari itu, bila usia saya meningkat remaja, kegilaan saya pada kasut mula bercambah….dan mula menunjukan ciri-ciri obses bila memasuki alam pekerjaan..oh tidakkkkk…!!!Ye lah…nak ke pejabat kena berkasut formal, nak pergi annual dinner syarikat kena pakai kasut ke dinner,nak bersantai hujung minggu kena la pakai kasut yang selesa untuk bersantai…last-last dari 3 pasang jadi beribu-ribu lemon pasang…adesssss…..


Ni pun ada la maaf sikit, brand kegemaran saya hanyalah brand tempatan…Vincci…Secara peribadi nilah brand kasut yang paling saya suka sebab harganya yang sederhana , berpatutan & buatan yg tahan lama selain design yg sentiasa terkini.Rasanya kalau muda-muda dulu saya terpilih jadi cabin crew, mau selera saya tersasar ke Jimmy Choo, Salvatore Ferrangamo atau Charles & Keith…Huiii…sib baik la….selamat duit ku…


Antara koleksi favourite saya:




Kasut wedges purple Vincci+..Tertawan dengan design & colour nye…Tengok tapaknya…!!!boleh buat baling anjing /peragut …awas…x sesuai digunakan kalau anda perlu melalui jalan yang x rata ye saudari2…leh terkehel buku lali dibuatnye…Dalam situasi yang memerlukan anda berjalan lama/jauh, adalah sangat menyiksakan kaki….kalau drive pastu takat-takat lepak kat Starbucks oklah..Juga memerlukan kemahiran untuk disesuaikan dengan wardrobe anda…



Juga satu lagi koleksi wedges Vincci..Suka dengan designnya & colour nya yang agak klasik..



Koleksi kasut high heels Vincci saya yang paling berusia…7 tahun dah usia kasut ni ….percaya atau tak nilah buktinya yang kasut Vincci memang tahan…bukan nak iklan tau, tapi tried & tested…Macam biasa, jatuh cinta dengan designnya yang klasik..



Kasut high heels peep toe Vincci…asalnya mencari kasut kerja untuk disesuaikan dengan seluar formal & kemeja, tapi design kasut ni juga functional sebab boleh dibawa bersantai..suka dengan design buckle kat depan tu disamping warnanya yang klasik…



Satu daripada koleksi pump shoes Vincci yang saya minati, selain dari selesa, warna biru & designnya yang seakan-akan kasut ballerina buat hati saya teruja untuk membelinya…cantik sangat …Cuma harus berhati2 dengan fabric suedenya, akan rosak kalau terkena air..akibat x boleh dibasuh, jadilah kasut ni comot camni…



Keluarga baru pada koleksi kasut saya, wedges biru comel Esarli, sangat-sangat terpikat ngan design nye yang cute, lagi-lagi warna fav. saya..kenapa la diorang suke design kasut lawa2 camni, ancaman kepada poket ku…cobaan….



& last but not least, kasut paling favourite saya, pump sport shoes Larrie..Terpikat dengan keputihannya yang berrseri2…err…walaupun dalam gambar ni dah x berapa nak berseri akibat selalu dilenjan untuk aktiviti santai…Sangat selesa untuk perjalanan bermarathon di MidValley…Disyorkan bagi mereka yg sukakan pergerakkan sepantas kilat ketika berjalan…ye..siapa-siapa yang mempunyai kebiasaan berjalan sepantas road runner macam saya, kasut ni memang sangat sesuai buat anda…


Sekadar tambahan, mengikut kepercayaan tradisi masyarakat Inggeris, adalah dipercayai mereka yang obsess dengan kasut ketika dalam kandungan ibunya dikatakan posisi mereka berada dalam kedudukan merenung kakinya…hmmm..benar atau tidaknya, tak dapatlah disahkan….