Zassss…cuba flash back balik…bila & dimanakah anda paling gembira…mcm tengok album gambar…penuh dengan kenangan…saat2 gembira yg kalau boleh nak di rewind semula & di freez kan…tengok gambar je dah boleh bayangkan suasana masa tu…
humm,nak share,nilah sebahagian dari momen2 gembira & bahagia dalam hidup ku..mungkin ada sesuatu yg boleh dikongsi..
XPDC Kayak 20km, Kg Baru-Lumut, Perak, 2000,KLKM-MFI
Gambar diatas dirakam setibanya ke pesisiran Pantai Lumut…Macam-macam gelagat terakam dalam gambar ni…meskipun berkayuh dalam hujan & dalam keadaan laut bergelora, tiada kebolehan berenang hanya berbekalkan life jacket tersarung di badan,beberapa kali melawan arus , kepuasan berkayak, sukar digambarkan..!!lebih2 lagi saat melewati kapal2 besar di pelabuhan TLDM Lumut..memang antara pengalaman manis dalam hidup..
XPDC Gunung Angsi 2000, KLKM-MFI
Dirakam sewaktu sampai ke puncak Gunung Angsi, Hulu Bendul, Negeri Sembilan. Tiba ke puncak sekitar jam 11 pg, diiringi hujan renyai, terus makan nasi lemak & bergambar dalam hujan…walaupun kesejukan, pemandangan hutan menghijau & kabus dari puncak adalah antara pemandangan terindah terakam di ingatan ku….
Holiday Langkawi, 24 -26 March 2005
Percutian pertama aku & best friend ( just the 2 of us ), yg diplan mengkhinzir buta…Percutian disponsor temanku…tiba di Kuah,sempat bertekak ngan agen car rental semata2 takut & x nak bawak Kia Rio Cinco Wagon… Aku dan member berkeras nak ambik kancil…setelah diberitahu agen ia kereta baru , baru berani nak test drive..masa tu model kete ni masih baru lagi dlm pasaran Malaysia..Apalagi, lenjan abis 1 Langkawi…
Sebab hotel kami dekat ngan town, kami meronda shopping mall sampai shopping mall ditutup…antara pengalaman yg aku x dapat lupakan ialah kerja gila aku & best friend aku. Kami merayau2 di malam hari ngan kete wagon tu, aku yg berimiginasi tinggi ni pun menceritakan angan2 aku utk stay kat Sheraton Imperial Beach Resort…terus kawan aku tukar direction tuju & sneak peek sampai ke dalam Sheraton Imperial Langkawi..pretend to be 1 of the guest there sambil lepak2 kat lobby… tgk life style of the rich & famous kat dlm tu..selamba je kitorang merayau ke sekitar resort…
Mgm best merayau ngan kete di tengah malam ke jalan2 di pesisiran pantai dekat 2 ngan litar go-kart sambil bukak tingkap & menikmati deru angin malam sambil layan romantic love song..balik ke hotel awal pagi & mencekik coklat yg kami borong…ada peristiwa lucu kat kedai wholesale coklat..excited nak coklat yg itu ini dalam kedai, camane leh x perasan sign with alcohol ..terpaksa letak balik sambil telan air liur…& jugak kete disaman gara2 x diletakkn di parkir sepatutnya..kelam kabut bayar saman sbb dlm 15 minit lagi nk departure ke KL…
Mencandat sotong , perairan Pulau Kapas, 5-7 April 2007
Atas jemputan teman baik dari Jabatan Perpaduan, Putrajaya..bertolak dari jeti Marang dengan 2 buah bot sewa..semakin laju bot melanggar ombak semakin excited…Pemandangan laut luas membiru sgt memukau..sampai sekitar jam 8 malam ke tgh laut…Meriah dengan lampu2 dari bot lain memandangkan ia musim mencandat…bila bot dimatikan enjin & berayun2 di tengah laut…hahaaaa…sempat naikan seekor sotong jee…lepas tu lembik dek mabuk laut…hanya terbaring di hujung bot menatap angkasa luas sambil menahan pening & loya…menginsafi sekejap kepayahan nelayan kecil menangkap ikan..;P. Bila ramai yg dah tumbang, tekong mendaratkan kami ke Pulau Kapas…bergelimpangan masing2 kat jeti masa tu jugak…;)
Holiday Terjah Cameron Highlands,31 May-1 June 2008
Berholiday bersama geng holiday terjah…heee..menaiki ‘Momo’ yg serba baru..Leh kerana pergi secara terjah, time cuti sekolah pulak,huiiiii puas la meronda dari Brinchang ke Ringlet mencari penginapan..Kesesatan kerana ‘sistem navigator’ (member ku) menjadikan jalan Mentigi sebagai landmark…;P Hujan sepanjang di sana menambahkan lagi kesejukan malam…trrrrr…sampai aku tido cam antu bungkus…Menerima ‘ugutan’ x kasi join pi memana lagi dari geng sbb aku pukul 10 mlm je dh ngantuk…kehkehhhkehh…sejukkk maaa….tido pun sodap…
Camping Trip , Hutan Lipur Jerangkang, 1-3 November 2008
Juga atas undangan teman gaduh syco …bergerak dari KL jam 12 mlm…dibawa masuk ke hutan dengan 4X4Wd..saat dihayun dibelakang trak bersama teman2 sepanjang 1 jam 20 minit perjalanan mgm mengujakan…tambah2 gembira bila menjadi satu2nya kumpulan( 7 orang ) yg bercamping kat sana pd mase tu…!!!rasa privacy maksima sunggohh…selesai memacakkan khemah, menikmati sepuasnya kejernihan air terjun jerangkang..sebelah malamnya dihantui selangkah ke alam misteri…haaaha…sedang ramai2 berkumpul di luar khemah bermain pakau, aku yg hanya leka memerhati telah dicuit di bahu berkali2 sedangkan semua org sedang memegang kad di tangan masing2…aku cuma diam jelah…errr..sape nk jawab…malam tu jugak hujan lebat dari 1 pagi ke 6 pagi, x mampu lelapkan mata sebab duduk khemah single( nk dok sensorang konon…) pas2 khemah bocor…lalala…nak hilangkan rasa takut menyanyi kuat2 sampai menakutkan geng2 yg terdengar suara aku melalak sayup2 dalam ujan…keh..keh…
Hmm..banyak lagi yang terakam di fikiran...tapi cukuplah dulu tuk episod kali ni...t berasap lak servo mata nak fokus...k...c u nxt time...2 b continued...
5 comments:
salam,wah kakak memang bererti btul kakak..
kenangan yg akan disimpan sampai bila2..
sy suka cmping2 kat hutan..best..sungguh mncabar
Yana@Nana:Salam dik...Mgm sgt2 bererti gambar2 tu dik...
dik Yana pernah camping kat ne? kalau ada gambar, share lah...best tu..!!
weh.. mana gamba2 yg lain aah? hehe.. (ugut curik monty) lalala..
cepat2 baik.. mau terjah.. jumpa tempat baiikk punyerr!!
Nino: Gambar lain de, t episod 2 siap akan di publish kan dgn cargasssnyeee...jgn papeekan Montyku..
Jumpe tempat best???!!!Wah...bikin gatal kaki nih...skrg jugak saya baik...!!!heeee
hehe.. xsabo nak tunggu episod 2.. mananya? hehe...
opkos la tempat best.. ada 2 tau.. cuma xsampai lagi ni.. =D cepat2 sihat yer..! kuat semangat!!! ^_^
Post a Comment