Ada x peminat Supernatural kat sini…???Siri TV yg masih ditayangkan kat TV3 malam Selasa 10.30.. Aku memang minat sangat dengan cerita-cerita berunsur seram ni…Memang sentiasa jadi kegilaan aku dari zaman aku budak-budak lagi dah addicted..sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata nak tengok cerita-cerita macam ni…pastu esok paginya nak pi sekolah takut nak mandi kat bilik mandi sebab terbayang bila aku buka pintu bilik mandi lepas mandi nanti dh jadi kat tempat lain…;P

Antara siri TV seram yang pernah jadi kegilaan aku dulu adalah Twilight Zone,Omen & Nightmare on ElmStreet..




Em..tapi nak cerita pasal Supernatural Season 4…

Nape minat?? :

Sebab cite seram & de special effects(seram) yg best…

Sebab watak utamanya..heehee.. especially watak Dean Winchester yg nampak macho dalam 67 Impala hitam yg mnderum2 enjinnya..



Memula dulu confused juga kenapa sirinya sering tertunda2 kat TV…tetiba ganti ngan’Mentor’la..kene ganti konsert Jom Heboh la..sering membantutkan semangat aku menonton TV..

Geram punye pasal, aku dapatkan salinan penuh terus season 4 dari kawan aku..Setelah ber’marathon’ keseluruhan siri season 4 nya barulah aku faham apa yang mungkin menjadi masalah pada “gangguan ‘penyiarannya…

Hmm..Findings turn out to be ( from my point of view ):

Jalan ceritanya semakin cenderung ke arah yg menyentuh sensitiviti agama which is the biggest concern in our national TV station.

Nape?

Watak Dean yang dhidupkan semula setelah dihumban ke neraka untuk melaksanakan tugasan menghalang kemunculan Iblis.

Castiel is the Angel who rescued Dean from Hell, according to Castiel on a command from God. His handprint is burnt into Dean's right shoulder.

Kemunculan watak Castiel mendominasi kebanyakkan siri season 4, fictional angel yang kononnya memasuki badan manusia yang menyampaikan arahan pada Dean & Sam Winchester.



Watak Lilith juga watak dominan yang memainkan peranan jelmaan syaitan yang memasuki badan manusia untuk menggangu tugasan Dean & Sam.



Boleh tengok lagi,tapi kena tengok dengan pemikiran yg terbuka..k??

Scene ER ku...


14 April 2010 – Rabu

7.20 am dah bergerak ke Pantai Cheras..Aku cuba relax kan diri…semalmnya suhu badan naik…tension sebab kena settlekan mcm2 sblum bercuti…still ada gak yg x dapat settle..takut pun ye jugak..puas aku minum teh nak sejukan badan..Sampai kat hospital terus gi admission counter, naik tingkat 2, bilik 2037A..katil A..selalu aku dpt katil tepi toilet..aku pun lepak2 tas katil. Lama sikit,nurse bawak baju operation suruh aku tukar bila dah dekat waktu..Aku cuak la,sebab seingat aku pukul 11 operation aku, sekarang baru 8 lebih..Mak x puas ati, pi tanye counter depan, laaa…operation aku pukul 9 penye…huiiiii…mau x kabuik…x lama lps tu lab assitant datang nak amik blood sample..aku tgk je dia sedut 2 tabung uji darah aku..merah hitam..then nurse tanya ‘on which side the operation will be?’ ‘right side’,aku balas.dia pun bius sikit kawasan atas pergelangan tangan kiri aku dan masukkan tiub kuning kecil yg berfungsi sebagai saluran drip..pas2 nurse suruh aku tuka baju operation…mase tu aku panic abis…mak ngan ann muke dh lain…aku cpt2 halau diorang balik utk kurangkan panic aku…4-5 x gak la aku kuar masuk bilik air tuk kurangkan panic..


Tak lama pas2 katil sorong yg aku takutkan tu pun sampai…hui…cam nak terkopak tekeluar jantung dari frame tulang selangka aku…sib baik aku kene bukak contact lense..kurang la sikit impak kabuik aku…drip dipasangkan,aku pun disorong dari katil wad dan diarah berpindah ke atas katil yg bikin copot jantung tu…aku dibaring kan dihadapan teman2 se’wad’ yg lain..lama gak la aku didisplaykan kat depan diorang..sebelum nurse dtg bwk blanket tebal tuk aku…mase nurse start sorong aku tu, aku pejam mata & selawat banyak2…tuk tenteramkan gelodak ati aku, aku bayangkan alunan piano lagu Always – Air Supply, lam kepala otak aku…rase tenang sikit..


Sampai kat counter depan, aku diparkingkan kat tepi corridor, seems like they have to confirm with operation theatre staff on something… huiii…aku ni mgm ada phobia pd stillness..mase ni aku dah rasa lain…nervous, nak pitam…mujur x lama lepas tu aku disorong kembali masuk ke lif untuk ke operation theatre yg berada kat tingkat 1..


Sampai kat tingkat 1, aku disorong ke dalam bilik yg mempunyai pintu yg besar, ngan 2 cermin bulat, kat dalam tu ada 3 staff operation theatre yg memakai baju hijau biru,ngan cap rambut..aku sekali lagi diarahkan berpindah ke katil khas yg telah disteril.. & turut dipakaikan cap rambut.Seolah-olah diorang cuba tenangkan aku dengan bertanyakan beberapa soalan tentang operation hari tu..errr…leh nampak kut muka aku mcm baru lepas kene sedut darah ngan vampire…;P


5 minit lepas tu, aku disorong ke satu lagi kawasan yg aku kira corridor pada operation theatre ..aku diparkingkan kat sebelah ‘rakan-rakan senasib’Kat sini memang dapat tengok macamana staff2 operation theatre bertugas..bergantung dengan doktor mana yg akan di assist,masing2 sibuk ngan persediaan masing2..


Time ni aku cuba mencari ketenangan, aku cuma berharap semuanya selesai dengan pantas & bila aku buka mata nanti aku masih berada di alam maya ni, bukan alam-alam lain & tangan aku masih berfungsi seperti biasa..(memandangkan doktor bagitahu kawasan operation aku ni agak rumit kerana dipenuhi bahagian yg banyak urat saraf…gulppppsssss….)


Tak lama lepas tu, 2 orang staff operation theatre datang & mengarahkan aku berpindah pada katil yang disediakan..serentak mengalihkan drip yg tergantung ke sisi ku(aiii…berapa banyak pindah daaa…)aku disorong memasuki sebuah bilik yg….


Trrrrrr….ni laa bilik operation theatre rupenye…..aku sekali lagi diarahkan berpindah ke atas…gulpssss..meja bedah( meja stainless steel )…size meja bedah ni semuat2 size badan aku…baring je kat atas tu, nampak la lampu besar yg biasa aku tengok dalam siri ER..drip aku disangkutkan..Pakar bius datang dan beritahu dia akan mulakan suntikan & inform aku akan rasa sakit sikit..aku nampak dia cam lipatkan saluran drip & start injecting …aku leh rasa sesuatu meresap dalam urat aku..pas tu aku dipakaikan oxygen inhaler..slowly rasa kebas dari tapak kaki sampi ke lutut..terus aku dah lost…x sedar apa dah…



1 ½ jam kemudian…


Penglihatan aku kabur2…aku nampak 3-4 orang staff operation theatre mundar-mandir di sekelilingku…masih dalam fasa separuh sedar…aku diparkingkan di kawasan corridor operation theatre…aku dengar namaku dipanggil & hanya mampu mengangguk sebagai respon yg aku dah sedar..aku cuba mengangkat tangan kiriku & mengengam jari2ku…masih seperti sediakala…fewwwhhh..syukur..semuanya selamat…


Followers