Sejurus menjemput seorang teman dari Puduraya, aku singgah ke sebuah kedai mamak di kawasan kejiranan yg agak sesak di Pantai Dalam. Keadaan parkir yang agak padat memaksa kebanyakan kereta diparkir berlapis, termasuklah kereta aku.Sambil melepak bersama teman menonton bola ( Chelsea vs Manchester City ) tiba2 pendengaranku menangkap bunyi yang membingitkan…Aku berpaling, kelihatan sekumpulan remaja sedang merempit berhampiran kawasan parkir..selang 2 minit, 1 dentuman kuat mengalihkan fokus pelanggan di kedai mamak tu..Kelihatan seseorang terbaring betul2 kat belakang kete aku…
Jeng..jeng..jeng…fuh…pucat sekejap muka aku…rupa2nya budak2 rempit tu dah terlanggar sorang mat saleh yang sedang melintas jalan..dengan hint yang x berapa baik tu, aku & teman segera beredar …sebelum herbielius aku dicederakan..Selesai menghantar temanku , aku pun bergegas pulang..jam menunjukan 4.20 pagi, masa aku melewati simpang masuk ke kawasan rumah aku..Melalui cermin belakang, kelihatan sebuah kapcai memintas aku disebelah kiri..aku memperlahankan kete utk memberi laluan kerana simpang masuk ke rumah aku tu hanya muat tuk 1 kereta..Sampai kat bonggol pertama tiba2 aku perasan kapcai tadi berada kat sebelah kanan aku..Penunggangnya seorang macha..awal 20 an..sambil memperlahankan kapcainya dia membuat signal ajak aku minum..Time tu aku dah cuak gile,,sebab jln memang tengah sunyi..aku cepat2 buat signal suruh dia blah..tapi dia makin perlahan kan motor dia..aku pecut terus belok parking depan gate umah..elok je pastu aku tengok dia dok berpusing2 depan umah aku tu…laksana jerung mengelilingi mangsa..Aku hanya terfikir untuk tekan hon sekuat hati sambil call adik aku kat dalam umah..Too bad adik aku tido mati..Memandangkan gate umah aku bermangga, aku x leh amik risiko utk turun .pas tu aku tgk moto dia hilang..aku ttp stay dalam kete,,rupanya dia belok kat lorong belakang saja nak lekakan aku..sekali lagi dia berlegar2 depan umah aku..aku terus bunyikan hon tuk takutkan dia..bila aku tengok dia belok je gi balik lorong belakang,gerak hati aku trus cakap aku mesti gerak ke kwsn yg terang dan de ramai orang..Tempat yg aku terfikir leh selamatkan aku dari marabahaya time tu ialah stesen minyak yang terletak 200m dari rumah aku..
Aku pun menuju la ke stesen minyak tu..nasib aku baik, sbb mgm tengah ramai orang kat stesen tu time tu..aku berenti la kat satu sudut yg terang sambil control panic ..tah hape balanaya..,x lama lepas tu, macha tadi sampai gak kat stesen minyak tu, aku perasan dia dah aim kete aku masa masuk kwsn stesen tu., tapi dia laju je lajak kat kedai serbeneka stesen tu, masuk & pretend like he wants too buy something..aku usha je gerak geri dia dari jauh,,,aku nampak dia x beli apa2 & just tgk kete aku dari dalam kedai tu..cehh…don’t think that I can be fooled that easy….lepas tu dia keluar & blah..aku tau dia saja nak umpan aku..kalau aku gerak balik, maybe geng dia dh siap tunggu kat depan gate umah aku..maka malam tu terpaksa la aku melelapkan mata sekejap kat stesen minyak tu..padan muka aku, sape suruh merayap sampai awal subuh…heee…pagi tu aku terpaksa di escort balik ke umah..mekasih la kat adik yg keje kat stesen tu yg sanggup off duty jap semata2 nak pastikan aku selamat sampai ke rumah.ey..cite lum abis lagi…lepas kunci gate,ngan rase ngantuk tahap maksima aku pun cepat2 nak buka kunci pintu umah aku…Tidakkkkkk!!!!!rupanya adik aku dah terkunci pintu dari dalam…haduiiiiii…lepas 20 minit buat call baru la adik aku terjaga & akhirnya aku berjaya masuk ke rumah…huuuuuuharuuuuuuu….
2 comments:
takutnyer..sunguh menyeramkan..bahaya akak ni kuar sampai lewat pagi..akak ppuan nasib naik kereta..kalu motor adui tak dpat nak bayang kan..nasib akak selamat..amin...
Yana@Nana:
yup..mgm bahaya...bahaya jgn dicari..serik rasanya..tp klu terjadi situasi ni, paling penting jgn panik...cpt2 drive ke tmpt yg ramai org..lg slmt g balai polis..anyway, mekasih atas keprihatinan dik Yana..
Post a Comment